Mendaulatkan Bahasa Melayu
Monday, August 6, 2012
Friday, August 3, 2012
Thursday, December 9, 2010
Kata Ganda
Kata Ganda
Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Kata ganda terdiri daripada:
1. kata ganda seluruh
2. kata ganda semu
3. kata ganda separa (separuh)
4. kata ganda bersajak atau berima
5. kata ganda berimbuhan.
Kata ganda seluruh
Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata dasarnya boleh mengambil bentuk kata nama, kata adjektif, kata kerja, ataukata keterangan. Kata ganda seluruh digabungkan dengan tanda sempang (-).
Gandaan kata nama | Gandaan kata kerja | Gandaan kata adjektif |
buku-buku kereta-kereta pagi-pagi | baring-baring jalan-jalan pandang-pandang | awal-awal bulat-bulat manis-manis |
Kata ganda semu
Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus, umpamanya: biri-biri, kanak-kanak, kupu-kupu.
Serupa dengan kata ganda seluruh, kata ganda semu ialah kata dasar yang juga digandakan seluruhnya, dan digabungkan dengan tanda sempang (-). Bagaimanapun berbeza dengan kata ganda seluruh, kata dasarnya hanya mengambil bentuk kata nama. Kata ganda dengan sendirinya membawa maksud tunggal atau jamak.
Kata ganda separa
Kata ganda separa ialah kata ganda yang terbentuk dengan melenyapkan bahagian awal kata ganda seluruh.Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang memberi maksud kepada benda atau konsep yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar.
Contoh:
§ cecair (mana-manan bahan yang berada dalam keadaan cair, seperti air atau bendalir)
§ kekunci (butang untuk menaip dari komputer, diilhamkan dari perkataan Inggeris key yang juga bermaksud kunci)
§ lelangit ("langit" atau daerah teratas dalam rongga mulut)
Kata ganda bersajak/berima
Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya:
1. persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
2. persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
3. penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang, dan sebagainya.
Kata ganda berimbuhan
Kata ganda berimbuhan atau menyaling terhasil dengan membubuh imbuhan di mana-mana tempat dalam kata ganda. (Rujuk Imbuhan dalam bahasa Melayu).
§ Imbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura
§ Imbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu, kejar-mengejar
§ Imbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-terangan
§ Apitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-harakan
Tuesday, December 7, 2010
Sunday, December 5, 2010
Penjodoh Bilangan
PENJODOH BILANGAN
Penjodoh bilangan digunakan bersama dengan kata bilangan dan digunakan selepas kata bilangan dan sebelum kata nama.
Penjodoh Bilangan | Kegunaan |
angkatan baris batang berkas biji bilah buah buku bungkus butir | pelukis, belia, penulis rumah, kedai, bangku, murid penyapu, lilin, tongkat buluh, lidi, kunci telur, bola, betik, guli jarum, pisau, keris, pedang rumah, planet, stadium sabun, roti nasi lemak, coklat intan, peluru |
carik cebis cekak cubit cucuk | kertas, kain perca kain, kertas benih, padi, sirih gula, garam, kuih sate |
Das deret | letupan tembakan rumah, kedai |
gelung genggam gulung | dawai, wayar, rotan pulut, tanah tikar, kertas, tilam |
helai hidang hiris ikat | sapu tangan, baju nasi, lauk timun, lada, limau sirih, kayu, papan |
jambak jambangan | bunga, kunci bunga-bungaan |
kaki keping kepul kerat kotak kumpulan kuntum | payung, cendawan papan, atap asap, awan tulang, kayu mancis, rokok murid, penjahat, perompak bunga |
laras longgok naskhah orang papan pasang petak potong pucuk rawan ruas rumpun sikat/sisir tandan titik tongkol ulas utas | senapang, pistol buah-buahan, pasir, tanah majalah, risalah pekerja, pemain petai, mercun selipar, kasut, dan lain-lain yang sepasang tanah, sawah daging, kuih surat, pistol jarring, jala tebu, buluh lengkuas, lalang, buluh pisang pisang, pinang cat, dakwat, darah jagung limau, durian,manggis rantai, dawai |
Subscribe to:
Posts (Atom)