PENANDA WACANA
} Tautan
Tautan atau kohesi bermaksud keserasian hubungan antara unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain dalam sesebuah wacana. Keserasian ditinjau daripada hubungan antara sesuatu perkataan, frasa atau ayat dengan sesuatu perkataan dalam wacana tersebut. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.
Ciri-ciri wacana
} Runtutan
Runtutan atau koheren merupakan kesinambungan idea yang terdapat dalam sesebuah wacana sehingga menjadi satu teks yang bermakna. Runtutan merupakan asas dalam pembinaan wacana. Tanpa makna, teks tidak dianggap sebagai wacana.
Penanda wacana
} Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi menghubungkan sesuatu idea, hujah dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.
} Seandainya sesuatu wacana berkenaan mempunyai penanda wacana yang tidak tepat, kesannya seluruh kandungan wacana berkenaan
tidak mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap
Jenis-jenis penanda wacana
Tiga Jenis Penanda Wacana
(i) Menunjukkan pertautan dari segi kronologi
(i) Memperjitu organisasi penulisan
(iii) Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain
Menunjukkan pertautan dari segi kronologi
(i) Memberi pengertian kepada persoalan berkaitan waktu.
Contoh:
Lepas itu, lantas, semenjak itu, kini, mula-mula, kemudian, sebelum, pada zaman dahulu, pada hari esoknya dan sebagainya.
(ii) Tidak ada tanda koma (,) selepas contoh-contoh
di atas.
Memperjitu organisasi penulisan.
(i) Berfungsi untuk menghubungkan bahagian
wacana dengan bahagian wacana yang lain.
(ii) Memberitahu pembaca apa-apa yang dibuat / didedahkan kepada bahagian tertentu.
sebagai kesimpulan, untuk merumuskan, contohnya, tegasnya,
dapat dinyatakan bahawa pertama, akhir sekali, dengan kata lain,
dalam hal ini, dalam hubungan ini, untuk menjelaskan lagi,
} Bagi seperti contoh-contoh di atas, diwajibkan bagi anda meletakkan tanda koma selepas setiap frasa
Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.
i) Menambah atau memperluas idea
dan, selanjutnya, di samping itu, selain itu, lebih-lebih lagi,
tambahan pula, begitu juga, seterusnya, satu lagi,
(ii) Menunjukkan pertentangan idea
tetapi, sebaliknya, pada masa yang sama, walaupun, walau bagaimanapun, walaupun demikian, sama ada, sebenarnya,
(iii) Menunjukkan hubungan antara sebab-akibat
dan tujuan-syarat
Jadi, oleh sebab itu, disebabkan, oleh yang demikian, untuk tujuan itu, maka (kata pangkal ayat), berikutan itu, dengan demikian, kecuali, dengan syarat,
Bagi contoh-contoh di atas, tidak perlu tanda koma selepas setiap frasa
Menghubungkan fakta dengan fakta atau idea dengan idea lain.
Bagi contoh-contoh di bawah, perlu tanda koma
tetapi : Sekiranya tetapi terletak pada permulaan ayat,
penggunaannya mestilah diikuti dengan tanda koma.
Contoh: “Tetapi, buku itu bukan buku saya”
sebaliknya Sekiranya di pertengahan ayat, tanda koma
sebelum perkataan 'sebaliknya'.
Contoh: “Buku itu bukan buku saya, sebaliknya ia adalah buku
Ariff”.
pangkal ayat Antara contoh-contoh pangkal ayat seperti
berikut:
Contoh: hatta, arakian, sebermula dan alkisah
No comments:
Post a Comment