Sunday, December 5, 2010

Pantun

Mari berpantun

Sungguh bintang beribu,
    Di tepi kali bermadah seloka;
Jangan dibantah nasihat ibu,
    Kelak menjadi anak derhaka.

Memakan tebu di tengah balai,
    Selepas makan duduk termenung;
Jasa ibu tidak ternilai,
    Seluas lautan setinggi gunung.

Menjemur labu di tengah halaman,
    Labu dijual di kedai Pak Musa;
Hormati ibu sepanjang zaman,
    Hidup diberkati sepanjang masa.

Sungguh gagah lagi perkasa,
    Si Tuah menyerbu sekuat tenaga;
Kasih ayah sepanjang masa,
    Kasih ibu membawa ke syurga.

No comments:

Post a Comment